Monday, June 15, 2009

Door To Door Car Polishing And Grooming Service: Tip Penjagaan Cat Kereta

Door To Door Car Polishing And Grooming Service: Tip Penjagaan Cat Kereta

Saturday, May 16, 2009

Tip Penjagaan Cat Kereta

Di sini saya akan terangkan berkenaan perkara-perkara yang perlu di lakukan atau di elak untuk memastikan cat kereta kita sentiasa terlindung dari kerosakan dan tahan lebih lama :

Perlu Dilakukan:

1) Sentiasa letakkan kereta di tempat letak kereta berbumbung bagi memastikan tidak terkena pancaran matahari dan hujan.

2) Basuh kereta selepas perjalanan ke kawasan berdekatan laut untuk menghilangkan kesan garam di badan kereta.

3)Pastikan kesan tahi burung di lap serta merta jika ada di badan kereta. Sila jiruskan air terlebih dahulu jika tahi burung itu telah kering sehingga kembang,kemudian lapkan dengan tuala lembut yang basah atau kertas tissue yang telah di basahkan terlebih dahulu ( lapkan dengan perlahan-lahan bagi mengelakkan kesan calar sehingga tiada lagi kesan tahi burung di permukaan cat)

4) Sentiasa pastikan kereta anda dibasuh di tempat yang teduh..jika terpaksa membasuh kereta di bawah cahaya matahari,pastikan anda membasuh bahagian demi bahagian untuk mengelakkan kesan sabun dan juga water mark.


Perlu Dielakkan...

1) Jangan biarkan kereta anda dalam keadaan kotor dalam masa yang panjang kerana lapisan kotoran di permukaan cat akan bertindakbalas dengan elemen persekitaran (air hujan,udara..etc) dan membentuk kesan pengoksidaan seterusnya menyebabkan cat kelihatan kusam.

2) Elakkan daripada menggunakan tuala pengelap yang kotor semasa mengelap kereta anda kerana di khuatiri akan mencalarkan permukaan cat

3) Elakkan daripada hanya mengelap permukaan cat yang kotor dengan tuala pengelap lembab (basuh kereta short cut) kerana di khuatiri akan mencalarkan permukaan cat..sebaik baiknya basuh kereta dengan cara conventional.

4) Elakkan daripada membiarkan kesan najis burung pada permukaan cat kereta anda kerana ianya bersifat berasid dan sangat menghakis...sila pastikan ianya di buang dengan kaedah yg dinyatakan dalam bahagian perlu dilakukan (3) di atas.

Friday, May 8, 2009

Cat 2K

Cat 2K
1. Definisi Cat 2K
Penulis rasa mungkin ramai orang yang pernah dengar pasal Cat 2K kan. Kalau ditanya apa itu Cat 2K? Orang pasti akan menjawab ini cat bagus sebab dia 2K punya cat....pi mai pi mai tang tu jugak jawapannya. Malah kadang-kadang ada yang cakap ni 2K punya brand sebab tu cat ni bagus...rasanya kat pasaran di Malaysia ni belum ada lagi brand cat nama Cat 2K, tapi tak tau la kan kot-kot dah ada nama brand tu di pasaran. Cuma jangan salah faham dengan logo 2K tu sebab semua pengeluar cat ada mengeluarkan produk Cat 2K mereka sendiri.
Sebenarnya perkataan 2K ni berasal dari perkataan Jerman iaitu 2 Komponen, atau lebih jelas lagi ada 2 bahagian atau unsur di dalam cat itu. Ianya terdiri daripada cat base (Urethane) dan Hardener, dan kedua-dua unsur ini dan juga Thinner perlu dicampur dalam nisbah tertentu sebelum proses mengecat dilakukan. Selalunya selepas kedua-dua unsur ni campur, cat tadi akan mula mengeras akibat tindak balas kimia dan perlu di semburkan segera ke badan kereta. Tapi perlu juga diingat bahawa cat ini setelah dicampur dengan hardener akan mengeras dengan sendiri didalam bekas campuran akibat tindak balas kimia walaupun tidak disembur ke badan kereta. Tempoh pengunaan ataupun (Pot Life) iaitu tempoh masa boleh guna selepas dicampur dengan hardener adalah 2 hingga 6 jam bergantung kepada keadaan cuaca dan tempoh masa yang disarankan oleh pihak pengeluar.

Cat Refinish (Cat Semula)

Cat Refinish (Cat Semula)
1. Primer Surfacer
Selepas proses mengetuk dan menyapu simen (putty), kaedah yang terbaik adalah dengan mengecat lapisan Primer Surfacer keatas lapisan simen yang telah siap digosok dengan kaedah Dry Sanding. Panel baru yang akan ditukar juga disarankan untuk dicat dengan Primer Surfacer kerana panel baru dibekalkan oleh pihak pengilang dalam keadaan telah melalui proses ED Coating. Walau bagaimanapun tidak semua workshop akan mengecat Primer Surfacer sebelum mengecat Base Coat dengan alasan untuk menjimatkan masa dan juga untuk menjimatkan kos. Ada juga sebahagian workshop yang tidak tahu akan kepentingan dan juga cara penggunaan Primer Surfacer. Sebagai kesan akibat tidak mengecat Primer Surfacer terlebih dahulu, cat akan mudah tertanggal dan juga akan karat pada bahagian yang telah diketuk dan di sapu simen (putty) selepas tempoh waktu tertentu.
2. Base Coat
Base Coat disini adalah sama seperti proses OEM. Cuma jenis cat saja yang mungkin berbeza kerana cat OEM yang digunakan semasa pengeluaran adalah telah ditetapkan sebagai piawai oleh pihak pengilang kereta. Manakala cat yang digunakan di workshop adalah bergantung kepada pilihan workshop itu sendiri. Sebaik-baiknya cat yang digunakan oleh workshop adalah jenis 2K. Penulis akan menjelaskan sebentar lagi tentang cat 2K dengan lebih lanjut.
3. Top Coat / Clear Coat
Top Coat atau pun Clear Coat disini juga adalah sama seperti proses OEM. Cuma jenis Top Coat / Clear Coat saja yang mungkin berbeza kerana kebiasaannya Top Coat / Clear Coat OEM yang digunakan semasa pengeluaran adalah telah ditetapkan sebagai piawai oleh pihak pengilang kereta. Manakala seperti juga Base Coat, Top Coat / Clear Coat yang digunakan di workshop adalah bergantung kepada pilihan workshop itu sendiri. Sebaik-baiknya Top Coat / Clear Coat yang digunakan oleh workshop adalah jenis 2K. Penulis akan menjelaskan sebentar lagi tentang cat 2K dengan lebih lanjut.

Cat OEM (Cat Asal)

Cat OEM (Cat Asal)
1. ED Coating (Electro Deposition Coating)
Secara umumnya, proses cat OEM ni akan bermula dengan ED coating, atau lebih senang nak faham lapisan cat yang mula-mula sekali di sadurkan ke permukaan besi badan kereta untuk mengelakkan karat. Kebiasaannya ED coating ni dilakukan di dalam tanki besar khas yang boleh muat seluruh badan kereta. Kat dalam tank tu ada cat atau chemical yang bercaj positif dan badan kereta pulak akan dikenakan caj negatif supaya cat akan menyelaputi seluruh bahagian badan kereta. Lepas tu dengan menggunakan kren khas, badan kereta akan dicelupkan ke dalam tanki tadi dan direndam untuk beberapa minit supaya cat akan menyelaputi seluruh bahagian badan kereta. Selalunya cat ni sama ada berwarna kelabu, biru , hijau atau hitam. Kemudian badan kereta tadi akan dimasukkan kedalam oven untuk dikeringkan. Kesimpulannya lapisan ED coating ni hanya boleh dilakukan di kilang pengeluar kereta saja. Setakat yang penulis tahu kat workshop repair kereta memang tak boleh buat ED Coating.

2. Primer Surfacer
Selepas proses ED Coating tadi, badan kereta kemudiannya akan di cat dengan Primer Surfacer. Lapisan ini adalah untuk memastikan cat warna kereta yang disembur nanti akan melekat dengan baik ke badan kereta.
3. Base Coat
Base Coat adalah merupakan cat warna kereta seperti yang kita nampak. Base Coat terdapat dalam berbagai jenis, diantaranya warna solid, warna metalik, warna pearl dan juga semenjak kebelakangan ini selalu kita tengok kereta warna hitam matte finish (warna hitam tak berkilat).
4. Top Coat / Clear Coat
Top Coat atau pun Clear Coat adalah lapisan terakhir cat lutsinar yang berfungsi sebagai pelindung basecoat dari kerosakan akibat cuaca dan juga berfungsi untuk menyerikan warna cat. Walau bagaimanapun tidak semua jenis cat mempunyai lapisan Clear Coat diatasnya, sebagai contoh cat solid untuk sesetengah model kereta yang selalunya berwarna putih, merah dan hitam.

Penggenalan Berkaitan Cat Kereta Anda

Pengenalan
Salam buat semua…
Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan ribuan syukur ke hadrat ilahi kerana berjaya jugak membina sebuah blog yang tak seberapa ini. Tapi penulis harap dengan adanya blog ini dapat la penulis berkongsi pergetahuan dan pengalaman dengan pembaca sekalian dalam bidang penjagaan kereta yang sememangnya dah lama menjadi hobi dan juga sumber pendapatan penulis.
Soalan 1: Kalau nak kete berkilat, jom pegi polish…..betul ke?
Ok…first sekali kalau ditanya apa itu polish kereta, apakah yang akan terbayang di fikiran anda? Hrmm…mungkin ada di antara anda yang akan terbayang pusat-pusat polishing kereta kat basement shopping complex atau pun mungkin auto spa eklusif yang akan membuatkan anda berfikir dua kali sebelum pergi bertanyakan harga servis mereka. Dan terakhir sekali tak lupa juga kepada mereka yang suka DIY polish kereta sendiri.
Lepas tu mungkin kita akan teringat pulak pasal berapa layer polish yang mereka tawarkan. Ada yang kata buat 3 layer, 4 layer la, 5 layer dan kadang-kadang 10 layer pun ada. Tapi berdasarkan pengalaman penulis kalau betul-betul punya polishing maximum cuma ada 3 layer sahaja tidak termasuk waxing atau coating…tak lebih dari itu. Itu pun bergantung kepada keadaan cat. Dan kalau buat 3 layer polishing, itu untuk sama ada cat yang memang dah banyak calar atau pun untuk kereta yang baru lepas cat sebab nak buang sampah (Dirt) atau cat leleh (Dripping) semasa proses mengecat dan juga untuk meratakan kulit cat yang kasar (Orange Peel).
Memang tak dapat dinafikan bahawa proses polishing adalah penting untuk mengembalikan seri cat kereta yang sudah pudar mahupun untuk menghilangkan kesan calar kecil. Ia juga sesuai untukmenghilangkan kesan swirl mark atau lebih senang dikenali sebagai kesan pusaran akibat proses polishing yang terdahulu mahupun akibat kesan gosokan span yang kotor semasa mencuci kereta. Perlu diingat juga disini bahawa tuala yang digunakan semasa mengeringkan air selepas mencuci kereta juga boleh mengakibatkan kesan calar halus pada cat kenderaan anda jika tuala itu kotor,kasar atau mengandungi habuk halus berpasir.
Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi berkenaan penjagaan cat kereta, penulis rasa lagi elok kalau kita tengok dulu apakah fungsi cat kereta dan perbezaan antara Cat OEM ( Original Equipment Manufacturer ) atau senang cerita cat ori dengan Cat Refinish, atau dikenali juga sebagai Cat Respray (cat semula lepas repair eksiden atau owner saja je teringin nak tukar warna cat kereta).
Dulu penulis ada la sedikit sebanyak pengalaman bekerja sebagai Body and Paint Instructor dengan salah sebuah kilang pengeluar kereta kat Malaysia dan juga di workshop body and paint kat Jepun sebelum tu. Rasanya tak perlu lah nak sebut company mana sebab kereta ni sebenarnya brand apa pun proses pengeluarannya lebih kurang sama saja. Cuma mungkin ada pengeluar yang cuba nak cut cost, skip prosedur sana sini atau pakai material yang kurang bermutu. Tapi apa yang penulis cuba nak tekankan kat sini proses pengeluaran kereta ni lebih kurang sama saja. Disebabkan ruangan ini banyak menekankan berkenaan cat dan penjagaannya, jom apa kata kita tengok dulu apakah system cat pada kereta anda.

Wednesday, March 25, 2009

Door To Door Car Polishing and Grooming Service

Final result

During polishing process...

Comparison between before and after polishing area.






Equipment and polishing product used during polishing and waxing process