Friday, May 8, 2009

Cat 2K

Cat 2K
1. Definisi Cat 2K
Penulis rasa mungkin ramai orang yang pernah dengar pasal Cat 2K kan. Kalau ditanya apa itu Cat 2K? Orang pasti akan menjawab ini cat bagus sebab dia 2K punya cat....pi mai pi mai tang tu jugak jawapannya. Malah kadang-kadang ada yang cakap ni 2K punya brand sebab tu cat ni bagus...rasanya kat pasaran di Malaysia ni belum ada lagi brand cat nama Cat 2K, tapi tak tau la kan kot-kot dah ada nama brand tu di pasaran. Cuma jangan salah faham dengan logo 2K tu sebab semua pengeluar cat ada mengeluarkan produk Cat 2K mereka sendiri.
Sebenarnya perkataan 2K ni berasal dari perkataan Jerman iaitu 2 Komponen, atau lebih jelas lagi ada 2 bahagian atau unsur di dalam cat itu. Ianya terdiri daripada cat base (Urethane) dan Hardener, dan kedua-dua unsur ini dan juga Thinner perlu dicampur dalam nisbah tertentu sebelum proses mengecat dilakukan. Selalunya selepas kedua-dua unsur ni campur, cat tadi akan mula mengeras akibat tindak balas kimia dan perlu di semburkan segera ke badan kereta. Tapi perlu juga diingat bahawa cat ini setelah dicampur dengan hardener akan mengeras dengan sendiri didalam bekas campuran akibat tindak balas kimia walaupun tidak disembur ke badan kereta. Tempoh pengunaan ataupun (Pot Life) iaitu tempoh masa boleh guna selepas dicampur dengan hardener adalah 2 hingga 6 jam bergantung kepada keadaan cuaca dan tempoh masa yang disarankan oleh pihak pengeluar.

No comments:

Post a Comment