Friday, May 8, 2009

Cat OEM (Cat Asal)

Cat OEM (Cat Asal)
1. ED Coating (Electro Deposition Coating)
Secara umumnya, proses cat OEM ni akan bermula dengan ED coating, atau lebih senang nak faham lapisan cat yang mula-mula sekali di sadurkan ke permukaan besi badan kereta untuk mengelakkan karat. Kebiasaannya ED coating ni dilakukan di dalam tanki besar khas yang boleh muat seluruh badan kereta. Kat dalam tank tu ada cat atau chemical yang bercaj positif dan badan kereta pulak akan dikenakan caj negatif supaya cat akan menyelaputi seluruh bahagian badan kereta. Lepas tu dengan menggunakan kren khas, badan kereta akan dicelupkan ke dalam tanki tadi dan direndam untuk beberapa minit supaya cat akan menyelaputi seluruh bahagian badan kereta. Selalunya cat ni sama ada berwarna kelabu, biru , hijau atau hitam. Kemudian badan kereta tadi akan dimasukkan kedalam oven untuk dikeringkan. Kesimpulannya lapisan ED coating ni hanya boleh dilakukan di kilang pengeluar kereta saja. Setakat yang penulis tahu kat workshop repair kereta memang tak boleh buat ED Coating.

2. Primer Surfacer
Selepas proses ED Coating tadi, badan kereta kemudiannya akan di cat dengan Primer Surfacer. Lapisan ini adalah untuk memastikan cat warna kereta yang disembur nanti akan melekat dengan baik ke badan kereta.
3. Base Coat
Base Coat adalah merupakan cat warna kereta seperti yang kita nampak. Base Coat terdapat dalam berbagai jenis, diantaranya warna solid, warna metalik, warna pearl dan juga semenjak kebelakangan ini selalu kita tengok kereta warna hitam matte finish (warna hitam tak berkilat).
4. Top Coat / Clear Coat
Top Coat atau pun Clear Coat adalah lapisan terakhir cat lutsinar yang berfungsi sebagai pelindung basecoat dari kerosakan akibat cuaca dan juga berfungsi untuk menyerikan warna cat. Walau bagaimanapun tidak semua jenis cat mempunyai lapisan Clear Coat diatasnya, sebagai contoh cat solid untuk sesetengah model kereta yang selalunya berwarna putih, merah dan hitam.

No comments:

Post a Comment