Friday, May 8, 2009

Cat Refinish (Cat Semula)

Cat Refinish (Cat Semula)
1. Primer Surfacer
Selepas proses mengetuk dan menyapu simen (putty), kaedah yang terbaik adalah dengan mengecat lapisan Primer Surfacer keatas lapisan simen yang telah siap digosok dengan kaedah Dry Sanding. Panel baru yang akan ditukar juga disarankan untuk dicat dengan Primer Surfacer kerana panel baru dibekalkan oleh pihak pengilang dalam keadaan telah melalui proses ED Coating. Walau bagaimanapun tidak semua workshop akan mengecat Primer Surfacer sebelum mengecat Base Coat dengan alasan untuk menjimatkan masa dan juga untuk menjimatkan kos. Ada juga sebahagian workshop yang tidak tahu akan kepentingan dan juga cara penggunaan Primer Surfacer. Sebagai kesan akibat tidak mengecat Primer Surfacer terlebih dahulu, cat akan mudah tertanggal dan juga akan karat pada bahagian yang telah diketuk dan di sapu simen (putty) selepas tempoh waktu tertentu.
2. Base Coat
Base Coat disini adalah sama seperti proses OEM. Cuma jenis cat saja yang mungkin berbeza kerana cat OEM yang digunakan semasa pengeluaran adalah telah ditetapkan sebagai piawai oleh pihak pengilang kereta. Manakala cat yang digunakan di workshop adalah bergantung kepada pilihan workshop itu sendiri. Sebaik-baiknya cat yang digunakan oleh workshop adalah jenis 2K. Penulis akan menjelaskan sebentar lagi tentang cat 2K dengan lebih lanjut.
3. Top Coat / Clear Coat
Top Coat atau pun Clear Coat disini juga adalah sama seperti proses OEM. Cuma jenis Top Coat / Clear Coat saja yang mungkin berbeza kerana kebiasaannya Top Coat / Clear Coat OEM yang digunakan semasa pengeluaran adalah telah ditetapkan sebagai piawai oleh pihak pengilang kereta. Manakala seperti juga Base Coat, Top Coat / Clear Coat yang digunakan di workshop adalah bergantung kepada pilihan workshop itu sendiri. Sebaik-baiknya Top Coat / Clear Coat yang digunakan oleh workshop adalah jenis 2K. Penulis akan menjelaskan sebentar lagi tentang cat 2K dengan lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment